[DIKEMAS KINI] DEBUT Mohamad Aniq Kasdan di pentas angkat berat Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir di kedudukan keempat di Paris Expo Porte de Versailles pada Rabu.
Badang negara berusia 22 tahun itu menampilkan aksi bertenaga dalam misi menjelmakan kilauan pingat kategori 61 kilogram (kg) lelaki menamatkan angkatan bebanan keseluruhan 297kg.
Iklan
Iklan
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 130kg dan clean & jerk 167kg.
Aniq hanya dipisahkan 1kg dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat (AS), Hampton Morris yang berjaya melakukan angkatan keseluruhan 298kg.
Emas milik China, Li Fabin menerusi angkatan 310kg, manakala Theerapong Silachai dari Thailand merangkul perak dengan angkatan keseluruhan 303kg.