Jangkaan Rafizi tepat, ringgit kukuh tahun ini

Iklan
Gambar hiasan

PADA November tahun lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sudah menjangkakan ringgit kukuh pada 2024.

Katanya, ia didorong beberapa faktor termasuklah disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik serta ketidaktentuan dasar mata wang Amerika Syarikat (AS) yang semakin mereda.

Iklan
Iklan

Rafizi berkata nilai mata wang perlu dibaca dengan petunjuk ekonomi lain iaitu pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, jumlah pelaburan baharu, kadar faedah, kadar pengangguran, tangga gaji dan lain-lain.

Katanya ekonomi Malaysia tumbuh pada momentum yang baik dari suku ke suku selama tiga suku berturut-turut dengan kadar inflasi adalah terendah sejak 2021.

Iklan

Sebelum Rafizi membuat jangkaan itu, penganalisis asing pada tahun 2022 telah menjangkakan pemulihan ringgit berbanding dolar AS.

Pada tahun ini, ringgit menjadi satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar AS setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.

Iklan

Pada 8 pagi Rabu, ringgit meningkat kepada 4.4700/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 ketika ditutup pada Selasa.

Kenaikan itu juga menafikan jangkaan pakar kewangan yang meramalkan ringgit akan berada pada rekod terburuk iaitu RM5 berbanding dolar AS pada penghujung tahun ini susulan prestasinya yang terus merosot.

Sudah pasti rakyat mengharapkan supaya nilai ringgit terus mengukuh hingga ke paras yang boleh dibanggakan.

Tidak mustahil dengan pengurusan kewangan dan ekonomi yang baik disokong kestabilan politik, ringgit mampu berada di bawah paras RM3.00 berbanding dolar AS.

Tempias secara langsung daripada nila mata wang yang kukuh sudah pasti dapat menurunkan harga barangan terutamanya makanan yang banyak diimport dari negara luar.

Begitu juga dengan pelbagai barang kelengkapan lain yang sebelum ini harganya meningkat berkali ganda disebabkan nilai ringgit yang lemah.

Selepas ini, para peniaga yang mendapat impak positif daripada pengukuhan ringgit, haruslah bertanggungjawab untuk turut menurunkan harga barangan masing-masing.

Jangan penting diri dengan sikap tamak apabila ringgit merosot harga barang dinaikkan, apabila ringgit mengukuh harga tetap tak berubah!