Gaji penjawat awam naik petanda ekonomi negara dalam keadaan baik

Iklan
Kenaikan gaji penjawat awam menunjukkan prestasi ekonomi negara dalam keadaan yang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Gambar hiasan

KENAIKAN gaji penjawat awam menunjukkan prestasi ekonomi negara dalam keadaan yang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Peruntukan bagi gaji kakitangan kerajaan juga melebihi RM10 bilion dan jumlah tersebut merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara.

Iklan
Iklan

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, seramai 692,828 kakitangan kumpulan pelaksana melibatkan pegawai Gred 40 dan ke bawah bakal menikmati kenaikan pendapatan sehingga 42.7 peratus.

Menurutnya, gambaran awal secara keseluruhan perincian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu boleh didapati pada minggu hadapan.

Iklan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan Hari Pekerja Mei lalu,mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013.

Iklan

Kenaikan tersebut adalah langkah positif dalam memacu ekonomi penjawat awam secara umumnya selain membolehkan mereka meningkatkan kualiti kehidupan.

Perkara itu mampu memperkasa dan meningkatkan daya saing serta motivasi selain produktiviti dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, ia juga membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dialami oleh penjawat awam lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi.

Walaupun terdapat ramai pihak yang mempersoalkan kenaikan gaji penjawat awam, namun perkara itu penting bagi memastikan kestabilan organisasi tersebut daripada pelbagai masalah dalaman sehingga menganggu produktiviti.

Penulis tidak menafikan terdapat sesetengah pihak mempersoalkan kenaikan gaji penjawat awam sedangkan banyak sektor swasta yang lebih menyumbang kepada ekonomi negara.

Tetapi perlu diingat, kenaikan gaji daripada sektor swasta lebih banyak berbanding penjawat awam.

Jadi tindakan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam adalah wajar lebih-lebih lagi ia memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi.