Remaja Melayu makin hanyut, remaja Rohingya sudah di depan

Iklan
Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain.

VIDEO kumpulan mat rempit yang menongkah arus di Lebuh raya BORR Bagan Ajam dari arah plaza tol menghala ke Terminal Kontena Butterworth (NBCT) Pulau Pinang menunjukkan betapa mereka sudah tidak hiraukan undang-undang.

Selain lari daripada sekatan jalan raya, mereka membahayakan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut.

Iklan
Iklan

Pada malam minggu Ahad lalu pula, dua remaja maut apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, kira-kira jam 4.30 pagi.

Insiden berlaku apabila beberapa kumpulan mat rempit melakukan aksi tunggangan secara laju dan berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik serta membuat beberapa pusingan.

Iklan

Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain.

Itu adalah kejadian terkini membabitkan mat rempit yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu.

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya BORR.

Sebenarnya banyak lagi masalah sosial yang memerlukan perhatian serius terutama daripada ibu dan bapa mereka sendiri.

Merak Jalanan teringat perkongsian seorang rakan mengenai masa depan anak Melayu di bumi sendiri selepas melihat kegigihan anak-anak Rohingya meningkatkan taraf hidup dengan menyertai bidang kemahiran.

Katanya sewaktu pergi membaiki motosikal di sebuah bengkel di Shah Alam, pekerja-pekerja bengkel dipenuhi dengan remaja Rohingya.

Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran membaiki pelbagai jenis motosikal tetapi sudah mengingati harga setiap alat ganti di bengkel berkenaan.

Maka, lagi lima hingga 10 tahun akan datang, kita akan lihat di mana kedudukan anak-anak Melayu dan bagaimana masa depan anak-anak Rohingya di bumi Malaysia.