Gerak solo tawan Gunung Everest demi kutip dana anggota bomba

Iklan
Mohd Fakhrul Munir.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai bomba bakal melakukan projek pendakian amal ke Gunung Everest secara solo dan sukarela pada tahun depan bagi menambah sumber kewangan Tabung Kebajikan Anggota Bomba.

Anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 42, berkata, usaha tersebut dibuat menerusi projek Mencari Hati Emas yang dimulakan sejak empat tahun lalu dan kali ini menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000.

Iklan
Iklan

Menurut bekas jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah itu, dia tidak akan menggunakan wang kerajaan, sebaliknya hanya mengambil cuti tanpa gaji serta tidak mengutip derma daripada orang awam.

"Hari ini dalam sejarah apabila projek pendakian amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' yang bertahun lamanya tertunggak, kini secara rasminya bermula gerak kerja dan perancangan.

Iklan

"Insya-ALLAH sekiranya tiada aral melintang, tahun depan saya akan melakukan pendakian amal yang bukan sekadar untuk mencapai impian, tetapi lebih kepada membantu golongan kurang bernasib baik," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Mohd Fakhrul Munir merakamkan detik kenangan selepas berjaya menawan gunung Stok Kangri di India.

Iklan

Mohd Fakhrul Munir turut memaklumkan, projek berkenaan merupakan cetusan ilhamnya dengan kerjasama penganjur iaitu Kelab Kembara Kosmopolitan dan Summit Attack Resources (SAR) serta mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"la bertujuan membantu anggota tercedera atau terkorban sewaktu menjalankan tugas dan mereka yang masih dalam perkhidmatan," ujarnya.

Projek pendakian amal itu turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad

Justeru, katanya, jawatankuasa projek pendakian gunung setinggi 8848 meter itu sedang menggerakkan jualan amal Alat Pemadam Api keluaran khas beserta barangan kombo bagi mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.

"Antaranya, Alat Pemadan Api satu kilogram (kg), baju-T eksklusif dan topi tahan lasak.

"Objektif utama jualan ini bertujuan mendidik masyarakat tentang pentingnya untuk cakna dan bersiap-siaga dengan Alat Pemadam Api agar dapat menurunkan statistik kebakaran sama ada melibatkan kediaman atau kenderaan.

"Semoga dengan sokongan orang ramai terhadap jualan amal ini dapat merealisasikan projek dan mencapai matlamat," jelasnya lagi.