SHAH ALAM - RumahNgaji Pulau Pinang akan mengadakan program Malaysia #QuranHour pada 1 September ini bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Masjid Jamiul Shariff, Pokok Machang di Tasek Gelugor.
Penyelarasnya, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, dijangka seramai 500 peserta akan mengikuti program berkenaan dan terbuka kepada orang ramai untuk turut sama hadir ke masjid.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH seramai 500 tetamu akan menyertainya tanpa mengira had usia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Zaiton, walaupun program itu dilaksanakan lewat beberapa hari, namun mesej yang digariskan dan ingin disampaikan WUIF akan dijalankan sepanjang program berlangsung bermula jam 8.30 pagi.
"Saya harap rumah ngaji di sekitar negeri dapat beramai-ramai ke masjid ini bagi menjayakan Malaysia #QuranHour bersama masyarakat setempat,” katanya.