Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan

Iklan
Djokovic bersama pingat emas yang dimenanginya di Sukan Olimpik Paris. - Foto: AFP

NOVAK Djokovic akan mendermakan hadiah wang yang diterimanya kepada misi bantuan kemanusiaan selepas pemain Serbia itu memenangi emas Olimpik menundukkan perseorangan lelaki Sepanyol, Carlos Alcaraz.

Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.

Iklan
Iklan

Kejayaan Olimpik itu menamatkan penantian lapan tahunnya untuk slam selepas tujuh kemenangan di Wimbledon, tiga di Roland Garros, sepuluh di Terbuka Australia dan empat di Terbuka AS.

Kerajaan negaranya telah memperuntukkan hadiah £172,000 (RM978,072) untuk mana-mana pemenang pingat emas dari Serbia dan Djokovic menyertai rakan senegaranya Zorana Arunovic dan Damir Mikec, yang memenangi acara pistol angin campuran 10m dalam menuntut wang itu.

Iklan

Tetapi, legenda tenis itu kini merancang untuk memberikan wang itu kepada mereka yang paling memerlukannya, lapor The Mirror.

Bintang Serbia itu bertanding di Olimpik kelimanya dan sebelum ini tidak pernah mara ke final dalam kejohanan temasya sukan terbesar dunia itu.

Iklan

Dia kini telah memenangi hampir semua kejohanan yang ada dalam sukan itu.