Annuar Musa bukan panglima tetapi 'Hang Jebat' - Puad

Iklan
Mohd Puad Zarkashi, Annuar Musa

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai Hang Jebat bukannya panglima yang sepertimana yang dinyatakan ketika beliau berkempen di Meranto, Kelantan.

Menurut Puad, panglima tidak akan lari apatah lagi tikam parti dari belakang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sepatutnya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masukkan Annuar dalam senarai Hang Jebat.

"Dia puji dirinya banyak buat jalan di Gua Musang sedangkan banyak kontroversi. Digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 30 bulan dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk isu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kelantan.

Iklan

"Annuar juga putar belit isu Muafakat Nasional (MN), patut dia tanya Pas kenapa main dua lawang dan sertai PN. Kalau soal ummah kenapa jemput Bersatu tapi halang Amanah (PAN) sertai MN?" ujarnya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Sebelum itu, Annuar Musa mengangkat dirinya panglima UMNO Kelantan susulan telah lama berkhidmat dalam parti itu iaitu 37 tahun jadi Ketua Bahagian dan 28 tahun ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Iklan

Puad turut mempersoalkan tindakan Annuar yang cuba menunjukkan beliau sebagai hero berhubung isu Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dan status Rome.

Tambah beliau, kenapa Annuar tidak belasah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang ada di atas pentas ketika itu.

"Dialah Menteri yang mahu ICERD dan Statut Rome diritifikasi.

"Selain itu, Annuar juga main isu tanah. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) walhal dia pernah jadi Menteri Luar Bandar, Kesedar di bawahnya. Jawablah isu yang dibangkitkan oleh Ahli Ddewan Undangan Negeri (ADUN) Galas?

"Kenapa syarikat baru daftar tidak sampai setahun dapat projek ladang hutan di HSK Perias Hulu Nenggiri Mukim Bertam seluas 202 hektar sedangkan rakyat Nenggiri masih tidak dapat geran tanah berpuluh tahun? Itu kuasa kerajaan negeri," katanya.