'Guna teknologi bina harmoni bukan sebar kebencian'

Iklan
HUSSAMUDDIN

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu memanfaatkan penggunaan teknologi untuk melakukan kebaikan ke arah membina keharmonian bukannya menyebarkan fitnah atau kebencian.

Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, usaha membina keharmonian sama ada di peringkat nasional atau global bermula daripada didikan dalam keluarga masing-masing.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan menegur sekiranya anak mereka memuat naik kata-kata kesat di media sosial.

"Pisau kalau kita guna untuk potong ikan dan sayur, ia untuk kebaikan tetapi kalau guna untuk bunuh, ia untuk keburukan. Maka, sama juga seperti teknologi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selaku panelis Legacy Talk Show-Bina Legasi Harmoni sempena program Ar-Rahah #QuranHour di Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Hussamuddin (tengah) sedang mengupas topik Legacy Talk Show-Bina Legasi Harmoni. Turut serta Fazrul (kanan) dan Khairul Haffiz.

Seorang lagi panelis, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail manakala Ketua Imam Masjid Ar-Rahah, Khairul Haffiz Abd Halim sebagai moderator.

Iklan

Hussamuddin turut melihat Revolusi Industri 4.0 sebagai peluang memperluaskan komunikasi di semua peringkat.

"Jika dulu tanpa teknologi kalau saya buat kempen #QuranHour, saya boleh buat di peringkat Karangkraf atau Masjid Ar-Rahah sahaja.

"Tapi kerana adanya teknologi dengan pasukan yang kecil, kita boleh buat gerakan peringkat dunia. #WorldQuranHour pada 20 Ramadan lepas, kita punya sosial media reach semasa program itu berlangsung cecah 1.64 bilion," katanya.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, tema program tersebut selari dengan kempen Uninstall Kebencian, Reboot Malaysia Harmoni.

"Ketika ini banyak di media sosial dan portal tentang kebencian yang melagakan antara kaum. Ini tidak bagus.

"Sebagai negara berbilang kaum dan agama, kita seharusnya meraikan kepelbagaian itu dengan hidup secara harmoni.

"Saya cetuskan kempen itu dengan harapan terutama netizen supaya menjiwai Rukun Negara dan mengembalikan sistem nilai moral kepada negara bangsa," katanya.