PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) melibatkan kamera sedia ada secara berfasa di lokasi yang telah diwartakan, kata Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli.
Dalam kenyataan hari ini, Aedy Fadly memaklumkan penggantian kamera AwAS berkenaan adalah selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AwAS sedia ada selari dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera itu beroperasi dengan lebih baik.