Roblox pula diharamkan di Turkiye

Iklan
Pengharaman Roblox menyebabkan jutaan pemain tidak lagi boleh mengaksesnya di Turkiye. Foto Amanz

PERMAINAN dalam talian popular Roblox telah diharamkan oleh Turkiye semalam.

Tiada sebab diberikan ialah tetapi sebelum ini muncul dakwaan parti seksual dianjurkan di dalam Roblox dengan kanak-kanak diberikan mata wang maya Robux untuk menyertainya.

Iklan
Iklan

Kerana kesukaran untuk menapis kandungan seperti ini, Turkiye mengharamkan Roblox sepenuhnya.

Pengharaman Roblox menyebabkan jutaan pemain tidak lagi boleh mengaksesnya di Turkiye.

Iklan

Ia hadir kurang seminggu selepas Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (BTK) menghalang akses kepada Instagram.

Tindakan diambil selepas Instagram memadam kandungan yang berkaitan dengan kematian Ismael Haniyeh, ketua biro politik Hamas di Iran.

Iklan

Hanya Instagram sahaja dihalang pada ketika ini dengan Facebook dan WhatsApp masih boleh digunakan.

Minggu ini platform Meta menjadi topik perbualan dengan mereka telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memadam dua status beliau di Facebook yang mengucapkan takziah kepada keluarga Ismael Haniyeh.

Kedua-dua status telah dikembalikan semula kerana ketua negara diberikan kelonggaran untuk kesedaran awam. - Amanz/ Awani