Cadang penempatan baharu buat penduduk Bukit Malut - MP Langkawi

Iklan
Bukit Malut, Langkawi merupakan penempatan awal orang Melayu asli namun kebanjiran warga Rohingya mencecah sehingga lebih 15,000 orang. Gambar kecil: Mohd Suhaimi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan penempatan baharu kepada penduduk Bukit Malut, Langkawi yang mempunyai kad pengenalan biru susulan kebanjiran warga Rohingya di penempatan berkenaan.

Ahli Parlimennya, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ia berikutan keselesaan mereka sebagai penduduk asal disisihkan dan tidak dipedulikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lokasi tersebut merupakan penempatan awal orang Melayu asli namun kebanjiran warga Rohingya mencecah sehingga lebih 15,000 orang.

"Penduduk yang ada kad pengenalan biru mempunyai hak seperti kita daripada segi pendidikan, kesihatan dan juga ekonomi negara.

Iklan

"Mereka juga satu kumpulan yang banyak menyumbang kepada ekonomi contohnya turun ke laut dan hasilnya disumbangkan kepada negara.

"Sebab itu saya timbulkan isu ini dan kerajaan perlu selesaikan. Saya cadangkan carilah penempatan baharu atau pertukaran tanah kerana Bukit Malut mempunyai tanah yang cukup cantik,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran Pelancongan Langkawi yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 Ogos ini di pusat membeli-belah DatumJelatek.

Tambahnya, agensi yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan untuk memastikan infrastruktur atau fasiliti kutipan sampah mencukupi sekali gus mengurangkan pembuangan sampah secara berterusan ke dalam laut.

"Sistem sampah di sana juga saya bangkitkan di Parlimen. Kutipan sampah kurang, fasiliti juga kurang dan mereka akan buang ke laut. Bila buang ke laut, jadi kotorlah,” ujarnya.