Surat layang, pemberi maklumat berbeza - Rafizi

Iklan
Reaksi balas Rafizi terhadap kritikan Wan Ahmad Fayhsal berhubung pemberi maklumat.

PUTRAJAYA - Terdapat perbezaan besar antara surat layang dan pemberi maklumat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Jelasnya, sebagai ahli Parlimen, beliau menjalankan siasatan terlebih dahulu apabila menerima sesuatu maklumat.

Iklan
Iklan

"Pemberi maklumat ini datangnya dengan dokumen, sebagai ahli Parlimen buat siasatan sendiri, semak dan sahkan kesahihan," katanya menerusi hantaran di laman X pada Khamis.

Tambah Rafizi, apabila sesuatu maklumat telah disahkan tidak mempunyai agenda peribadi, barulah ia dihebahkan.

Iklan

"Tentukan tiada agenda personal, kemudian baru bawa kepada rakyat kerana kepentingan awam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap kritikan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung pemberi maklumat.

Iklan

Terdahulu Ahli Parlimen Machang itu menyifatkan kerajaan bersikap hipokrit dan cakap tidak serupa bikin mengenai pendirian terhadap pemberi maklumat.

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 17 Julai lalu susulan dakwaan mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Beliau secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).