Gempa bumi 7.1 magnitud landa barat daya Jepun

Iklan
Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya negara itu susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain pada Khamis. Foto hiasan

TOKYO - Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya negara itu susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain pada Khamis, kata agensi cuaca negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah Miyazaki dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa itu.

Iklan
Iklan

JMA berkata, nasihat tsunami telah dikeluarkan untuk wilayah Miyazaki, Kochi, Ehime, Oita, Kagoshima di pulau Kyushu dan Shikoku.

Kyodo News melaporkan tiada keabnormalan ditemui di loji nuklear berhampiran kawasan gempa.

Iklan

Perkhidmatan kereta api Kyushu Shinkansen dihentikan selepas gempa itu, tambah laporan itu.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 4.43 petang waktu tempatan pada kedalaman 30 km dengan pusat gempa terletak di perairan Hyuga-nada di selatan Kyushu, menurut agensi cuaca.

Iklan

Magnitud gempa itu kemudian disemak kepada 7.1 daripada 6.9. - Bernama