Remaja 14 tahun menyamar doktor mahu kendali pembedahan ditahan

Iklan
Gambar hiasan.

SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan daripada kakitangan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang berkaitan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tidak dikenali berada dalam dewan bedah hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 1 petang Rabu menyatakan remaja terbabit mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, pihak hospital telah mengenal pasti kehadiran remaja yang sama pada Khamis jam 8.30 pagi.

"Remaja ini cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.

Iklan

"Pihak hospital terus menghubungi polis dan tangkapan telah dilakukan ke atas remaja tersebut jam 9 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, tangkapan dibuat di lobi hospital tersebut dan polis merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan 'lanyard' hak milik hospital berkenaan.

Iklan

Katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atau Seksyen 170 kanun yang sama kerana menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

"Jika sabit kesalahan menceroboh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

"Manakala hukuman bagi menyamar sebagai penjawat awam boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Tegas beliau, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berhubung kejadian tersebut.