Israel ancam mahu bunuh Yahya Sinwar

Iklan
Netanyahu (kanan) bermati-matian mahu menghapuskan pejuang Hamas dan terbaharu mengugut Sinwar. Foto Agensi

TEL AVIV - Israel mengancam mahu menghapuskan pemimpin baharu Hamas, Yahya Sinwar, sehari selepas beliau dinamakan sebagai pengganti Ismail Haniyeh yang gugur syahid di Teheran pada minggu lalu.

Provokasi itu dibuat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada Rabu selepas rejim Tel Aviv bersiap sedia untuk menghadapi gelombang serangan balas gerakan Paksi Penentangan anti-Israel yang terdiri daripada proksi Iran ketika Perang Gaza kini memasuki bulan ke-11.

Iklan
Iklan

"Kami bersedia dari segi pertahanan dan operasi serangan,” katanya dengan angkuh kepada rekrut baharu yang bakal menyertai ofensif baharu rejim Zionis.

Sementara itu, ketua Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Leftenan Jeneral, Herzi Halevi berikrar untuk menjejaki Sinwar yang dipercayai bersembunyi di rangkaian terowong rahsia pejuang Hamas selepas mengetuai Operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober lalu.

Iklan

Musuh Hamas dikatakan mula rasa tergugat dengan pelantikan Sinwar memandangkan beliau lebih tegas berbanding pendahulunya.

Pemilihan beliau turut mengundang pelbagai reaksi penduduk Palestin yang bimbang jika Sinwar enggan menerima cadangan perjanjian gencatan senjata yang beberapa kali terpaksa diubah sejak beberapa bulan lalu. - AFP

Iklan