My #QuranTime, #QuranHour beri impak kepada Muzium Pahang

Iklan
Keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan program #QuranHour yang julung kali dianjurkan WUIF dengan kerjasama Muzium Pahang begitu istimewa pada Mac lalu.

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac 2020 lalu mengejutkan semua pihak.

Tidak terfikir bagaimana satu virus boleh merebak dengan cepat sehingga tindakan memutuskan rantaian wabak perlu dilaksanakan di seluruh negara, bahkan seluruh pelosok dunia.

Iklan
Iklan

Begitu dahsyat penangan virus yang tidak nampak di mata kasar itu sehinggakan merudumkan ekonomi dunia dan membataskan pergerakan semua orang sehingga perlu duduk diam di rumah masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Begitu juga yang dialami oleh Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal.

Iklan

DATUK AHMAD FARID

Menceritakan kembali pengalaman menguruskan muzium negeri Pahang semasa PKP itu, beliau menjelaskan, pihaknya mempunyai banyak masa untuk melihat kembali pelaksanaan dan penyampaian yang sepatutnya dibuat untuk dipersembahkan kepada orang ramai.

Iklan

Islam, Melayu dan Raja tiga komponen penting

Menurutnya, rancangan My #QuranTime dan program #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) begitu berkesan dan memberi impak dalam memahami al-Quran sebelum diaplikasikan di dalam kehidupan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rancangan My #QuranTime ketika PKP itu. Ketika itu kami banyak masa untuk melihat kembali matlamat dan pelaksaan muzium itu.

"Tiga komponen ini penting kerana masyarakat kita dibentuk dengan latar sebegitu. Walaupun ada pengaruh agama lain yang muncul sebelum itu, Islam adalah agama yang begitu meluas di alam Melayu,” jelasnya.

Selepas meneliti kembali ketiga-tiga komponen tersebut katanya, beliau berpandangan muzium juga boleh memainkan peranan menyampaikan dakwah yang agak santai dengan gabungan sejarah dan artifak serta memberi manfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Faham al-Quran, aplikasi dalam persembahan muzium

"Di muzium pun kita cuba adakan kelas agama dan kelas-kelas lain. Impaknya setiap pameran yang diadakan kita cuba kaitkan dengan ayat-ayat tertentu dari al-Quran.

"Sebagai contoh jika kita ada pameran mengenai pemerintahan, kita selitkan ayat al-Quran yang menyentuh mengenai cara memerintah, ciri-ciri pemerintah yang zalim dan sebagainya,” hurainya panjang.

Tambahnya lagi, pihaknya turut menjemput tokoh-tokoh yang berkaitan yang boleh menghuraikan kaitan sejarah dan agama dengan lebih terperinci.

AHMAD FARID (dua dari kiri) bersama Dr Mohd Shafiq (dua dari kanan) pada program Sinar Al-Jumuah anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Al-Jumu’ah bertajuk ‘Fahami sejarah untuk bangkit’ anjuran WUIF bersama seorang lagi panel iaitu Pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Dr Mohd Shafiq Sahimi.

Bual bicara dikendalikan Ketua Penyelidik WUIF, Ustaz Fazrul Ismail manakala Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berperanan sebagai qari jemputan.

Bercerita mengenai pengalaman Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Ahmad Farid menjelaskan, pihaknya perlu melakukan satu usaha yang luar biasa untuk membuat perubahan.

"Kita tak boleh berjalan gaya biasa, perlu ada pergerakan yang agak luar biasa. Alhamdulillah kita tidak bersendirian dalam menggerakkan muzium di Pahang.

"Kita ada tokoh akademik, agama, mufti dan agensi lain termasuk WUIF dalam merancang banyak program untuk memastikan kandungan yang dipersembahkan muzium itu lebih menarik dan mudah difahami,” katanya.

Pihaknya turut menubuhkan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah (AL-ASAR) yang menghimpun dan menerbitkan kajian, karya dan buku daripada tokoh, ahli akademik dan agamawan.

BARISAN panelis Sinar Al-Jumu'ah bersama kakitangan Muzium Negeri Pahang merakam gambar bersama selepas sesi penggambaran program.

Malaysia #QuranHour 30 Ogos ini

Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, WUIF sekali lagi menganjurkan Malaysia #QuranHour.

Program berinteraksi dengan al-Quran yang memasuki tahun ke-10 pada tahun ini mengangkat tema 'Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara' berpandukan Surah al-Jumu'ah dan al-Hujurat.

Ia bakal dipancarkan secara langsung menerusi stesen RTM selaku penyiar utama, selain TV9, TV AlHijrah dan Astro Oasis, selain mendapat liputan daripada Sinar Harian dan Sinar Islam Plus serta rakan-rakan media yang lain.