PUTRAJAYA - Hanya penerbangan pergi dan balik Malaysia-Wuhan sahaja yang digantung susulan tercetus wabak 2019 novel koronavirus di China sehingga kini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata setakat ini tidak ada keperluan untuk menggantung penerbangan ke lain-lain tempat di negara tembok besar itu.