Cop pasport makin pupus ditelan teknologi

Iklan
Sistem digital di pintu masuk negara memanglah tujuan asalnya untuk elakkan kesesakan, namun tak semua orang celik teknologi. Gambar hiasan

BEBERAPA hari sebelum Merak Jalanan mahu perbaharui pasport, gigih jugalah tengok di TikTok.

Khabarnya ramai yang sanggup beratur sebelum Subuh demi untuk mendapatkan nombor giliran.

Iklan
Iklan

Mujurlah tak perlu menunggu pada waktu dinihari di depan pejabat imigresen, hanya guna hujung jari untuk proses pembaharuan pasport. Tahu-tahu dapat e-mel pengesahan pasport sudah siap dan boleh diambil di pejabat dipilih.

Selesai satu bahagian. Merak Jalanan sudah teruja mahu kumpul lagi cop secara manual sebagai bukti pernah menjejakkan kaki di luar negara seperti pasport lama.

Iklan

Dek segala-galanya sudah digital, musnah harapan sama sekali. Lagi-lagi pintu masuk di Lapangan Terbang Changi, Singapura sudah melaksanakan sistem digital sepenuhnya.

Seperti rusa masuk kampung, Merak Jalanan berdepan situasi agak melucukan apabila gagal melepasi proses imbasan wajah dan iris hampir lima kali.

Iklan

Pelbagai andaian mula bermain di minda, adakah kerana kanta lekap atau wajah asli tanpa filter yang jadi punca tersekat di tengah-tengah laluan automatik itu.

Oh rupa-rupanya, ada tip berguna yang dikongsi seorang teman. Menurutnya, buka mata besar-besar.

Akhirnya, terbuka juga laluan automatik tersebut selepas dahi mula berpeluh kerana cuak.

Ketika mahu pulang ke tanah air, Merak Jalanan sedikit ‘eksyen’ kerana sudah tahu proses yang perlu dilalui.

Apabila sampai di pintu masuk Malaysia, kami bertemu sekumpulan jemaah umrah warga emas.

Kasihan melihat seorang pak cik yang terkial-kial kerana tidak tahu menggunakan sistem digital biometrik. Tak pasal-pasal mereka terpaksa beratur panjang dan mutawif selaku pengiring terpaksa menunjuk ajar satu per satu.

Apa yang Merak Jalanan perhatikan sistem digital di pintu masuk negara memanglah tujuan asalnya untuk elakkan kesesakan, namun tak semua orang celik teknologi.

Benda baik pun boleh jadi menyusahkan.