Perbanyak mesej antirasuah, beri kesedaran kepada anak muda - ABIM

Iklan
Budaya integriti dan pengukuhan jati diri perlu diterapkan dalam setiap jiwa rakyat Malaysia bermula dari bangku sekolah.

SHAH ALAM - Anak muda perlu didedahkan dengan mesej antirasuah dan diberikan kesedaran mengenai kesan buruk susulan peningkatan kegiatan rasuah dalam kalangan belia.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, budaya integriti dan pengukuhan jati diri perlu diterapkan dalam setiap jiwa rakyat Malaysia bermula dari bangku sekolah.

Iklan
Iklan

"Budaya itu seharusnya ditanam dan diperkasa ketika anak muda sedang bergerak ke menara gading. Ia bagi memastikan tiada lagi kegiatan keji itu dilakukan oleh mereka sekiranya sudah berada di puncak,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 2,332 belia berusia 16 hingga 40 tahun atas pelbagai kesalahan rasuah melibatkan kesalahan memberi dan menerima sogokan, membuat tuntutan palsu atau penggubahan wang haram dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, Zairudin berkata, pemerkasaan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah, Program Wira Anti Rasuah dan modul Kursus Integriti dan Antirasuah di peringkat sekolah serta universiti perlu dipertingkatkan bagi mencegah penularan gejala rasuah dalam kalangan belia.