Peluang UMNO bergantung prestasi
Iklan
SHAH ALAM - Kemampuan UMNO untuk kembali dominan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bergantung kepada faktor prestasi kedua-dua parti itu sebelum tempoh kempen PRU berkenaan.
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, peluang untuk memenangi lebih banyak kerusi lebih cerah sekiranya parti-parti tersebut menunjukkan kebolehupayaan yang baik dari segi memperjuangkan isu-isu rakyat dan melaksanakan dasar-dasar bermanfaat kepada negara dan rakyat.