Noah Lyles sertai final 200m biar pun positif Covid-19

Iklan
Lyles terbaring keletihan selepas melepasi garisan penamat acara final 200m. Foto Agensi

IMPIAN Noah Lyles untuk mencipta kejayaan berganda dalam acara pecut di Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila jaguh Amerika Syarikat (AS) itu sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter (m) yang berlangsung di Stade de France, awal pagi Jumaat.

Lyles mencecah garisan penamat dengan catatan 19.70 saat (s) ketinggalan lima saat di belakang rakan senegara, Kenny Bednarek yang meraih perak.

Iklan
Iklan

Pingat emas acara itu dirangkul atlet Botswana, Letsile Tebogo dengan catatan 19.46s sekali gus rekod baharu Afrika dan emas pertama negaranya di Paris.

Selepas melepasi garisan penamat, pegawai kejohanan menghampiri Lyles untuk mengusungnya keluar daripada trek menggunakan kerusi roda.

Iklan

Keputusan Lyles itu dikritik kerana didakwa membahayakan kesihatan atlet lain.

Lyles terpaksa diusung keluar dari kawasan trek menggunakan kerusi roda. Foto Agensi

Sebelum perlumbaan berlangsung, perhatian tertumpu kepada Lyles yang teruja untuk muncul pelari pertama sejak Usain Bolt meraih emas berganda acara 100m dan 200m di Olimpik.

Iklan

Namun, pelari berusia 27 tahun itu memulakan larian agak perlahan dan kekal di tempat ketiga sepanjang perlumbaan.