Olimpik Paris 2024: Pemain hoki Australia, Tom Craig ditahan beli dadah

Iklan
Tom Craig ditahan selepas disyaki membeli dadah jenis kokain daripada pengedar di tengah kawasan perumahan di kota Paris, semalam.

PIHAK berkuasa Perancis menahan pemain hoki Australia, Tom Craig, selepas disyaki membeli dadah jenis kokain daripada pengedar di tengah kawasan perumahan di kota Paris, semalam.

Kali terakhir atlet berusia 28 tahun itu beraksi adalah saingan suku akhir dengan menyaksikan negaranya tewas kepada Belanda 2-0.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Australia dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan, pemenang pingat perak dalam edisi Tokyo 2021 itu telah dibebaskan tanpa tuduhan dan hanya diberikan amaran keras.

Namun, dalam satu video terbaru dia meminta maaf di atas melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab ketika mewakili negara ke temasya sukan paling berprestij itu.

Iklan
Iklan

"Tindakan saya adalah berunsurkan peribadi dan tidak mencerminkan keluarga, pasukan, sahabat saya, sukan hoki mahupun Jawatankuasa Olimpik Australia," katanya kepada media. - Awani/Astro Arena