Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak

Iklan
Pepe beraksi dalam 878 perlawanan buat kelab dan negara serta telah memenangi 34 trofi dalam karier bola sepaknya dengan kebanyakan trofi hadir ketika bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

PEMAIN pertahanan Portugal, Pepe, mengesahkan bahawa dia akan bersara daripada kancah bola sepak profesional selepas cemerlang sepanjang 23 tahun kariernya.

Pemain berusia 41 tahun itu beraksi dalam 878 perlawanan buat kelab dan negara serta telah memenangi 34 trofi dalam karier bola sepaknya dengan kebanyakan trofi hadir ketika dia bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Iklan
Iklan

Dalam satu video yang dikongsikannya di laman Instagram, dia berkata:"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan kebijaksaan untuk meneruskan perjalanan hidup saya.

"Terima kasih kepada rakan dan keluarga saya, kerana memberikan sokongan dan menyokong saya apabila saya meninggalkan rumah untuk bermain bola sepak.

Iklan
Iklan

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Terima kasih." Katanya. - Awani/Astro Arena