Trump, Harris setuju debat pada 10 September di ABC

Iklan
Trump dan Harris bersetuju untuk mengadakan debat pada 10 September di rangkaian ABC.

NEW YORK - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Naib Presiden Kamala Harris bersetuju untuk mengadakan debat pada 10 September di rangkaian ABC, menurut kenyataan rangkaian itu pada Khamis.

Trump, calon Presiden dari Parti Republikan, manakala Harris, calon dari Parti Demokrat mengesahkan penyertaan mereka dalam debat itu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan rangkaian itu.

Iklan
Iklan

Debat selama 90 minit itu dijangka berlangsung di Philadelphia sementara penyampai berita ABC, David Muir dan Linsey Davis akan bertindak selaku moderator, menurut laporan The New York Times.

Debat itu kemungkinan akan diadakan tanpa kehadiran penonton, namun format dan peraturan masih dalam perbincangan, menurut laporan yang memetik sumber.

Iklan

Pengumuman ini dibuat selepas sidang media Trump di Palm Beach, Florida dengan beliau mencadangkan tiga debat dengan Harris.

Trump sebelum ini bersetuju untuk berdebat dengan Presiden Joe Biden pada 10 September, tetapi Biden menarik diri daripada calon Demokrat.

Iklan

Trump juga menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berdebat dengan Harris pada dua acara lain, yang akan dihoskan oleh NBC News dan Fox News.

Bagaimanapun, Harris tidak bersetuju dengan debat-debat berkenaan, yang bukan sebahagian daripada jadual debat asal yang dipersetujui oleh Biden dan Trump pada Mei lalu. - Bernama-Xinhua