Jam besar Pasar Kedai Payang

Iklan

Jam besar Pasar Kedai Payang terpaksa dirobohkan sekitar tahun 1980-an bagi memberi ruang kepada pembangunan dan pembesaran Pasar Kedai Payang dan kawasan sekitarnya didirikan semula oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengembalikan nostalgia penduduk, seiring dengan pembinaan semula Pasar Kedai Payang 1.

Jam berketinggian 12 meter itu terletak sejauh 15 meter dari tapak asal jam besar sebelum ini, dan menara itu dibina antara lain sebagai tarikan baharu di Pasar Kedai Payang 1 dan 2.

Iklan
Iklan

Pembinaan menara jam besar ini lebih kepada menjadi satu monumen atau mercu tanda kepada Pasar Kedai Payang 1 dan 2 serta kawasan sekitarnya.

Jam besar pernah dibina di Pasar Kedai Payang pada penghujung tahun 1957 oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Terengganu yang diukir perkataan ‘Merdeka 31st August 1957' bagi menghargai kemerdekaan yang diraih hasil pengorbanan nyawa dan harta para pejuang. Foto Bernama

Iklan
Iklan