KEMAMAN - Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang disyaki dicuri dari stor barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 26 hingga 32 tahun itu ditahan sejak Selasa lalu.