Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia

Iklan
Darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk di Rusia pada Jumaat susulan ledakan bahan letupan yang berlaku selepas serangan dron Ukraine.

MOSCOW - Darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk di Rusia pada Jumaat susulan ledakan bahan letupan yang berlaku selepas serangan dron Ukraine, lapor Xinhua.

Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan melalui saluran Telegramnya bagi memastikan keselamatan awam.

Iklan
Iklan

"Bagi mengurangkan kesan ledakan bahan letupan, keadaan darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk.

"Demi memastikan keselamatan penduduk, keputusan telah dibuat untuk memindahkan kawasan penempatan Koptsevy Khutor, Fedorovka, Yakovlevka dan Tynkovka," kata Artamonov.

Iklan

Serangan dron baru-baru ini di Lipetsk, sebuah bandar yang terletak kira-kira 370 kilometer di selatan Moscow, mencetuskan letupan besar yang melibatkan struktur awam.

Serpihan daripada serangan dron Ukraine menyebabkan kerosakan pada kemudahan infrastruktur tenaga, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di wilayah itu.

Iklan

Artamonov menyeru penduduk untuk mematuhi arahan anggota perkhidmatan kecemasan semasa proses pemindahan.

"Penginapan sementara dan pengangkutan disediakan untuk membantu mereka yang terjejas," katanya. - Bernama/Xinhua