Siasatan pelajar buli junior selesai, kes diklasifikasi NFA

Iklan
Azizi (kiri), Siasatan polis terhadap kes buli melibatkan lima pelajar lelaki dengan seorang junior di sebuah sekolah asrama di Ipoh diklasifikasikan sebagai NFA.

IPOH - Siasatan polis terhadap kes buli melibatkan lima pelajar lelaki dengan seorang junior di sebuah sekolah asrama di sini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semua pelajar terlibat berusia 16 dan 17 tahun itu telah pun diberikan amaran polis agar tidak mengulangi perkara sama.

Iklan
Iklan

"Keputusan NFA ini ditetapkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan persetujuan dicapai semua pihak secara harmoni tanpa sebarang unsur paksaan.

"Penyelesaian begini baik untuk kedua-dua pihak demi kelangsungan masa depan pelajar selain tidak banyak memberi kesan yang memudaratkan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, dalam kes itu, pihak sekolah masih boleh mengambil tindakan disiplin sewajarnya supaya dapat dijadikan pengajaran kepada pelajar lain.

"Jika sekolah nak ambil tindakan disiplin, itu terpulang.

Iklan

"Kita juga telah menggesa pihak sekolah terutama warden untuk mengawasi setiap pergerakan mereka yang terlibat serta pelajar asrama lain bagi memastikan kes sama tidak berulang," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, lima pelajar lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pelajar Tingkatan Satu dipukul sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sebuah sekolah menengah di sini, 24 Julai lepas.