Pemandu tak sedar kucing tergantung di belakang kenderaan

Iklan
Gambar yang tular di media sosial.

NIBONG TEBAL - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kucing tergantung di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Simpang Ampat di sini seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim berkata, laporan itu dibuat oleh pemandu kenderaan berkenaan pada jam 5.29 petang Khamis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki itu mendakwa menemui kucing jalanan berkenaan di rumahnya dalam keadaan tidak terurus.

"Dia kemudian mahu membawa kucing itu ke klinik bagi tujuan memandulkan haiwan berkenaan.

Iklan

"Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke klinik, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di bahagian belakang kenderaannya cuba melompat keluar sehingga berada dalam keadaan tergantung.

"Dia hanya menyedari (insiden itu) selepas sampai di klinik haiwan sebelum membukakan ikatan tali di leher kucing terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Boo Khim berkata, kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.