'Pembangkang serang kerajaan kerana takut PRK' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Program Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan GDW Kampung Renok Baru pada Jumaat. Foto Bernama

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembangkang bertindak memulakan serangan terhadap kerajaan disebabkan takut menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, selain calon, antara yang menjadi 'mangsa' ialah beberapa agensi berkaitan.

Iklan
Iklan

"Kita dengar 'serangan' pada PRK, pilihan raya negeri. Mereka sebenarnya takut.

"Sebab itu mereka serang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), serang Felcra dan sesiapa sahaja yang disukai tetapi serangan itu akan berbalik semula kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Mata Warga Kesedar Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, individu dalam pembangkang sepatutny melakukan tugas yang dipertangungjawabkan dan bukan menyerang pihak tertentu.

"Saya tidak mahu sebut namanya, sama ada dia masih hidup atau sudah mati tetapi hakikatnya apabila satu tanggungjawab diberi oleh pemimpin atasan, jalankan tugas dengan sebaiknya untuk membantu," katanya.

Iklan

Beliau turut berkata, setakat ini prestasi menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik untuk memimpin dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru katanya, calon BN dipilih kerana beliau merupakan individu yang mampu menjalankan tanggungjawab.

"Inilah yang berlaku di Nenggiri apabila Awie (Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani) dipilih sebagai calon, ertinya kita pilih calon terbaik," katanya.