Olimpik Paris 2024: Terjunan terganggu akibat sorakan penyokong

Iklan
Terjunan keempat Vazquez, 21, yang menduduki tempat ketiga dalam pusingan awal tidak menjadi, lalu menuntut juri mengambil sedikit masa untuk menentukan bahawa terjunannya adalah gagal. - Foto Stadium Astro

PENERJUN Mexico, Aranza Vazquez, menuduh sorakan penyokong menjejaskan terjunannya dalam 3m papan anjal yang diklasifikasikan sebagai gagal telah menerima markah 0 hingga merencatkan usahanya untuk mara ke final.

Terjunan keempat Vazquez, 21, yang menduduki tempat ketiga dalam pusingan awal tidak menjadi, lalu menuntut juri mengambil sedikit masa untuk menentukan bahawa terjunannya adalah gagal.

Iklan
Iklan

Pegawai media kontinjen Olimpik negara itu, Jose Gomez Ruiz, berkata kepada Reuters bahawa mereka telah membuat bantahan berikutan terganggu dengan sorakan penonton.

"Sebelum juri meniupkan wisel, dia terdengar bunyi yang telah menjejaskan tumpuannya menyebabkan dia gagal dalam terjunannya," katanya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, aduan itu tidak diendahkan dan penganjur tidak membenarkan Varquez membuat terjunan semula. - Stadium Astro