Komponen RXZ di stor barang kes hilang: Tiga anggota polis dibebaskan

Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang disyaki dicuri dari stor barang kes di IPD Kemaman.

KUALA TERENGGANU - Tiga anggota polis yang direman sejak Selasa lepas bagi membantu siasatan berhubung kehilangan barang kes di stor penyimpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua anggota yang berumur antara 26 hingga 32 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan berkaitan kehilangan komponen enjin motosikal Yamaha RXZ.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, kami mendapati terdapat kehilangan komponen enjin motosikal RXZ di stor barang kes dan penahanan dibuat ke atas mereka bagi membantu siasatan. Dua daripada mereka dipercayai pemilik dan peminat tegar motosikal jenis Yamaha RXZ.

"Hari ini (Jumaat), dua daripadanya telah dibawa ke Mahkamah Kemaman untuk permohonan sambung reman, namun permohonan itu ditolak atas alasan mereka masih anggota polis yang boleh dipanggil pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Hanyan berkata, pihaknya akan segera menyiapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. - Bernama