[VIDEO] Mohd Zuki terima surat tugas baharu

Iklan

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan telah menerima surat pelantikan tugas baharu bagi meneruskan perkhidmatannya kepada kerajaan.

Bagaimanapun ujar beliau, butiran mengenai pelantikan itu akan didedahkan apabila tiba masanya.

Iklan
Iklan

"Tunggu. Saya bersedia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu kerajaan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Anwar semasa Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM pada Isnin lalu memberitahu Mohd Zuki akan diberi tugas penting selepas kontraknya tamat pada Sabtu.

Iklan
Mohd Zuki merakamkan kenangan bersama rakan media yang hadir pada hari terakhir perkhidmatannya.

Sementara itu, Mohd Zuki, 62, menyifatkan persaraannya bukan suatu pengakhiran selepas mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun dengan dua Yang di-Pertuan Agong dan empat Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk media dalam usahanya menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat.

Iklan

"Terima kasih kepada semua atas komitmen yang diberikan," katanya.

Terdahulu, Mohd Zuki mengimbas waktu keluar buat kali terakhir pada jam 4.30 petang sebelum sebelum meninggalkan bangunan Perdana Putra setengah jam kemudian.

Mohd Zuki (kanan) merakamkan potret bersama Anwar (tengah) dan Ketua Pengarah Unit Komunikasi Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di hari terakhirnya sebelum bersara pada Sabtu.

Beliau yang memakai suit hitam bertali leher biru gelap diiringi Datuk Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas sebagai KSN Isnin depan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau dilantik sebagai KSN sejak 31 Disember 2019 dan bersara pada 10 Ogos 2022 sebelum kontraknya disambung semula selama dua tahun.