Jalan rosak dibaiki selepas 24 jam terima aduan

Iklan
Turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang selesai selepas 24 jam aduan diterima.

SHAH ALAM - Beberapa jalan sekitar Klang dan Subang serta lampu isyarat yang rosak dibaiki Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) selepas 24 jam menerima aduan orang ramai menerusi laman X.

Infrasel memaklumkan, pihaknya selesai menjalankan turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang masing-masing pada Isnin dan 2 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Turut siap diturap ialah laluan rosak di Jalan 2D dan 4D Kampung Baru Subang pada 24 Julai lalu selain membaiki lampu isyarat rosak di Kota Warisan, Sepang pada 2 Ogos.

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan JKR Selangor.
Iklan

"Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah,” menurut agensi tersebut di laman X.

Iklan

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor demi keselesaan pengguna.