‘MOTAC umpama harimau tidak ada gigi’ - King Sing

Iklan
King Sing

SHAH ALAM - Walaupun pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menekankan penguat kuasa undang-undang, namun pemain industri enggan mengikuti peraturan sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, susulan itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama beberapa kementerian termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membentuk kerjasama dalam menangani permasalahan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, langkah tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dapat diperketatkan terhadap pihak industri supaya dapat meningkatkan keterjaminan dan tahap kualiti fasiliti mereka.

"Sekarang saya terus-terang, MOTAC umpama harimau tidak ada gigi. Saya boleh cakap 10 kali (beri amaran), tetapi pihak industri mereka (boleh buat) sesuka hati.

Iklan

"Jadi sekarang kita ingin berbincang dengan KPKT dan kementerian-kementerian yang terlibat. Kita mahu adakan bekerjasama (dalam isu itu).

"Contohnya hotel, saya cuba berbincang dengan pihak KPKT. Saya minta mereka beri tumpuan dari segi undang-undang bangunan,” katanya.

King Sing ketika sesi rakaman program Interviu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi rakaman program Interviu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ini merupakan kemunculan beliau buat pertama kali dalam program bual bicara berbahasa Melayu selepas hampir dua tahun dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Dalam pada itu, menurut beliau, kementeriannya pula berperanan dari segi melakukan pemeriksaan dan penilaian terhadap keseluruhan keadaan fasiliti bangunan hotel berkenaan.

"Sudah selesai, kita akan mengeluarkan lesen untuk status hotel. Kemudian kami menilai hotel dan melakukan penguatkuasaan.

"Kita mahu pastikan mereka ikut (ketetapan yang ada), termasuk juga restoran. Sebab itu, sekarang kita minta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk latih para veteran, cef dan semua.

"Supaya mereka ada sijil pengajian sekurang-kurangnya dapat ijazah sarjana muda. Kemudian apa penanda arasnya nanti kita akan tentukan,” ulasnya.