Kontraktor ditahan disyaki buat tuntutan palsu

Iklan
Seorang kontraktor ditahan SPRM Sabah selepas disyaki membuat tuntutan palsu bernilai RM12,500.

KOTA KINABALU - Seorang kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki membuat tuntutan palsu bernilai RM12,500.

Suspek lelaki berusia 40-an ditahan kira-kira jam 3 petang Jumaat ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2023.

"Suspek disyaki telah membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan pakaian korporat bernilai kira-kira RM12,500 sedangkan pembekalan yang hanya dibuat bernilai kira-kira RM4,500.

Iklan

"Hasil siasatan turut menyita wang tunai kira-kira RM8,000 yang disyaki wang pembekalan yang tidak dilaksanakan dan telah diserahkan suspek kepada seorang Pegawai Pendidikan Daerah pada akhir tahun 2023," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.