PEMENANG pingat perak Tokyo 2020, Kristof Rasovszky dari Hungary memperbaiki pencapaiannya di temasya Sukan Olimpik apabila merangkul emas acara renang maraton 10 kilometer (km) dalam air terbuka lelaki pada Jumaat.
Juara dunia itu mendahului sebahagian besar perlumbaan dan menamatkan laluan di Seine dalam masa 1 jam 50 minit 52.7 saat untuk menamatkan perlumbaan 2.1 saat di hadapan Oliver Klemet dari Jerman.
Iklan
Iklan
Gangsa juga milik atlet Hungary, David Betlehem setelah bertarung sengit dengan Domenico Acerenza dari Itali untuk menamatkan perlumbaan hanya 0.6s di hadapan lawan itu.
Sementara itu, juara Olimpik Tokyo 2020, pilihan pertama Florian Wellbrock dari Jerman mengakhiri cabaran di kedudukan kelapan.
Dia sebelum ini mendahului sebahagian perlumbaan, tetapi kecundang dalam kumpulan pendahulu pada pusingan terakhir.
Maraton wanita pada Khamis dimenangi juara Olimpik Rio 2016, Sharon van Rouwendaal dari Belanda.
Atlet yang bertanding dalam acara renang maraton berulang kali menghadapi kelewatan latihan kerana isu kualiti air di Seine, yang menjadi masalah sepanjang Sukan Paris, juga dalam triatlon.