HULU SELANGOR - Sebuah inap dusun di Kampung Orang Asli, Mukim Serendah diarahkan menghentikan operasi serta-merta selepas dikesan beroperasi tanpa kebenaran merancang (KM) dalam operasi khas pada Jumaat.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Julaihah Jamaludin berkata, operasi jam 9.30 pagi itu dijalankan secara bersepadu beberapa jabatan MPHS.
Operasi bersepadu penguatkuasaan inap dusun yang dijalankan di bawah kawasan pentadbiran MPHS. Foto Facebook MPHS