Zimbabwe, Malaysia akan menandatangani perjanjian kerjasama penyiaran

Iklan
Zimbabwe dan Malaysia akan menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang penyiaran, kata seorang menteri Kabinet. Foto hiasan 123RF

HARARE - Zimbabwe dan Malaysia akan menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang penyiaran, kata seorang menteri Kabinet.

Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran, Dr Jenfan Muswere berkata, demikian ketika memberi taklimat kepada media mengenai hasil perbincangan Kabinet minggu ini.

Iklan
Iklan

Penyiaran sebagai industri dan amalan merupakan mekanisme penting untuk menggalakkan kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat oleh orang ramai.

Industri penyiaran adalah penggajian utama di Zimbabwe seperti di kebanyakan negara lain dan juga memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat seni dan mempamerkan budaya dan tradisi negara kepada dunia.

Iklan

Agensi Berita Zimbabwe, New Ziana melaporkan Muswere sebagai berkata, bahawa Kabinet telah meluluskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Zimbabwe dan Malaysia mengenai kerjasama dalam penyiaran.

MoU itu bertujuan untuk membangunkan kerjasama dalam media dan penyiaran dari segi program radio dan televisyen antara kedua-dua negara.

Iklan

Ia memperuntukkan pertukaran berita dan bahan berita, program radio dan televisyen, kerjasama dalam bidang penerbitan radio dan televisyen, teknologi penyiaran serta perkongsian amalan dan pengalaman terbaik.

Kerjasama itu juga akan merangkumi lawatan pertukaran antara pegawai dan pakar dalam bidang yang dikenal pasti bersama oleh kedua-dua pihak. - Bernama