JDT ratah Kenari 6-0

Iklan
Pemain JDT meraikan jaringan ketika berdepan KDA FC, malam tadi. - foto fb Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan penguasaan di persada liga apabila membenam cabaran Kedah Darul Aman (KDA) FC, 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Bagai diramal, skuad Harimau Selatan itu mengasak hebat sebaik wisel permulaan dan berjaya membuka jaringan seawall minit ke-8 menerusi penyerang import berbisa, Bergson Da Silva.

Iklan
Iklan

Jaringan pembukaan tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan skuad kendalian Hector Bidoglio itu untuk terus mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan pada minit ke-35, juga melalui Bergson.

Tersentak dengan dua gol berkenaan, kesebelasan KDA FC, dilihat mula bangkit mengatur serangan ke gawang tuan rumah dalam usaha merapatkan defisit jaringan.

Iklan

Bagaimanapun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan untuk JDT selesa memimpin perlawanan sehingga menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan dan Bergson sekali lagi membuktikan kewibawaannya apabila meledak hatrik yang juga gol ketiga pada minit ke-64.

Iklan

Minit ke-74, menyaksikan giliran tonggak pertahanan, Feroz Baharuddin untuk mencatat nama selaku penjaring sebelum pemain import Murilo menjaringkan gol kelima pada minit ke-76.

Biarpun selesa mendahului 5-0, namun kesebelasan skuad Harimau Selatan dilihat masih terus mengasak hebat gawang pelawat bagi menambah jaringan dan usaha berkenaan membuahkan hasil apabila Afiq Fazail menjaringkan gol keenam pada minit ke-80.

Penhujung perlawanan menyaksikan kesebelasan skuad Harimau Selatan itu masih terus mengasak hebat ke gawang pelawat bagi menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus gah di puncak Liga Super dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan manakal KDA FC pula beada pada kedudukan kelapan dengan tujuh mata hasil tiga kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada tujuh perlawanan setakat ini.