Exco Selangor kecam, mahu individu serang dua wanita segera dikesan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohammad Fahmi

SHAH ALAM - Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berharap pihak berkuasa segera mengesan individu yang menyerang dua wanita di sebuah surau berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melanggar undang-undang, tidak bertamadun dan biadap oleh seorang penjenayah yang mencederakan seorang gadis dan ustazah dengan sebilah pisau petang tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Mohammad Fahmi berkata, tindakan biadap dan intimidasi seperti itu hanya wajar dibalas oleh suatu respon segera, keras dan tegas oleh semua pihak berkuasa terlibat.

"Saya juga berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat segera melaporkan kepada PDRM.

Iklan

"Saya mendoakan mangsa diberikan afiyah (sihat) dan kesembuhan segera dan PDRM segera menangkap penjenayah biadap ini," jelas beliau.

Dalam kejadian itu, dua wanita cedera iaitu guru besar berusia lingkungan 52 tahun dan jurujual berumur 26 tahun.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.48 petang.

Tegasnya, usaha mengesan suspek dipercayai lelaki tempatan giat dijalankan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.