Kerajaan perlu mohon maaf isu pelaburan Tesla - Wan Ahmad Fayhsal

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Kerajaan perlu membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia susulan kenyataan yang mengelirukan berhubung pelaburan Tesla di Malaysia.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, jawapan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah satu penipuan terhadap diri mereka dan rakyat.

Iklan
Iklan

"Ini kerana semua orang ingat dan tahu dalam pengumuman seperti Belanjawan, Parlimen serta sebagainya, benda ini sudah dibahaskan beberapa kali. Masa itu jawapan yang diberikan kepada rakyat, Tesla akan bawa masuk pelaburan ke Malaysia bukan sekadar kereta.

Sebelum itu, Tengku Zafrul menjelaskan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Iklan

Menerusi hantaran di platform X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, beliau menjelaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan perkara itu.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, perkara yang diuar-uarkan oleh kerajaan tidak berlaku dan hanya janji palsu.

Iklan

"Memang Tengku Zafrul tidak umum kilang tetapi dia kata akan jadi hab pengeluaran maknanya segala bentuk keistimewaan diberikan kepada Tesla termasuk insentif potongan cukai. Semua itu dengan jangkaan Tesla akan buka kilang di Malaysia namun nampaknya gagal.

"Kita tidak sepatutnya teruja dan memberi keistimewaan kepada pelabur luar (Elon Musk). Semua ini sebab pujuk mereka tetapi nampaknya siapa gigit jari, kita sebagai rakyat malaysia," jelasnya.