Kerajaan India dikritik beli ratusan pembersih udara

Iklan
India berdepan pencemaran udara yang teruk November lalu. - Foto AFP

NEW DELHI - Kerajaan India terus dikritik kerana membeli lebih banyak pembersih udara dalam tempoh dua tahun lalu dan menjadikan jumlah peranti tersebut di kementerian kini mencecah hampir 300 buah.

Menurut data tidak diterbitkan yang diperoleh di bawah undang-undang hak untuk maklumat (RTI), enam kementerian persekutuan termasuk kesihatan, hal ehwal luar negeri dan dalam negeri membeli sekurang-kurangnya 159 pembersih udara pada 2018 hingga 2019 bernilai AS$70,353 (RM287,075).

Iklan
Iklan

Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding sekurang-kurangnya 140 pembersih udara yang dibeli dengan harga AS$55,000 (RM224,427) pada 2014 hingga 2017 untuk enam kementerian dan Pejabat Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pembelian itu dibuat di tengah-tengah pemerintah persekutuan dan bandar menghadapi kecaman kerana gagal menangani masalah pencemaran udara yang semakin buruk terutamanya di musim sejuk.

Iklan

"Adalah satu jenayah kerana membelanjakan wang pembayar cukai untuk membeli pembersih udara bagi kegunaan pegawai kerajaan," kata seorang aktivis, Vimlendu Jha.

November lalu, tahap pencemaran di ibu negara memaksa pihak berkuasa menutup sekolah, mengehadkan penggunaan kereta dan mengisytiharkan darurat kesihatan awam. - Agensi

Iklan