'Kerjasama politik Kerajaan Perpaduan tidak jadi kenyataan' - Sanusi

Iklan
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri membuktikan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjadi realiti.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu dibuktikan menerusi tindakan DAP yang tidak menerima undangan daripada Barisan Nasional (BN) pada PRK itu.

Iklan
Iklan

"Semua orang nampak tak perlu komen orang sudah nampak, palsu semuanya,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 di Menara Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai DAP yang tidak menerima undangan daripada BN untuk membantu berkempen di PRK Nenggiri.

Iklan

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook baru -baru ini mengesahkan parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput hadir.

Ini selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri adalah tidak terlalu mendesak.

Iklan

Mengenai PRK DUN Mahkota, Muhammad Sanusi memberitahu PN belum mengadakan perbincangan lanjut mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah itu menegaskan, PN tidak perlu terburu-buru dalam isu calon dan masih menghormati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang baru meninggal dunia.

"Belum bincang PRN DUN Mahkota tunggu writ dari SPR dulu. Kita hormati kekosongan yang berlaku atas kematian. Tidak perlu tergopoh-gapah,” ujarnya.