Kilang e-waste: SPRM sedia ambil tindakan

Iklan
Laporan eksklusif Sinar Harian mengenai isu kilang e-waste pada Selasa.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan isu membabitkan pengoperasian kilang memproses sisa elektronik (e-waste) di Segamat, Johor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan meneliti isu terbabit sekiranya wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak berkaitan.

Iklan
Iklan

"Saya alukan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkongsi info dengan kami (SPRM).

"Saya akan arahkan Pengarah SPRM Johor untuk berhubung dengan PBT berkaitan serta lain-lain agensi untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, SRPM tidak teragak-agak menjalankan siasatan berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa.

Jelasnya, isu e-waste banyak berlaku di beberapa tempat dan SPRM pernah mengambil tindakan siasatan.

Iklan

"Isu e-waste ini menyebabkan pencemaran alam sekitar, kita akan ambil tindakan tegas termasuklah meneliti bagaimana kemasukan sisa elektronik dari luar negara ke pelabuhan negara," ujarnya.

Pada Selasa, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif melaporkan aktiviti kilang haram di Segamat, Johor yang dipercayai beroeprasi melerai, memproses dan melebur sampah e-waste diseludup tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kilang kitar semula barang terpakai itu disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen sah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menguruskan keseluruhan proses barangan e-waste.

Selain itu, temu bual Sinar Harian dengan penduduk juga mendakwa mereka berdepan dengan pencemaran bau pada waktu malam disyaki akibat proses peleburan sisa e-waste.

Dalam pada itu, susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan kepada Sinar Harian juga menegaskan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan untuk menyiasat lebih lanjut berkenaan kilang-kilang e-waste di dalam negara.

Pasukan siasatan itu diketuai Ketua Pasukan AMLA PDRM, Datuk Muhammed Hasbullah Ali.