Khelif menang gelaran tinju wanita

Iklan
Khelif unggul memenangi emas kategori welterweight Sukan Olimpik di Paris. Foto EPA

PETINJU kontroversi Algeria, Imane Khelif memenangi pingat emas kategori welterweight Sukan Olimpik 2024 setelah menumpaskan wakil China, Yang Liu.

Khelif, naib juara Kejohanan Dunia 2022 dan petinju Taiwan, Lin Yu-ting menjadi bualan hangat di Paris selepas kelayakan mereka bersaing sebagai wanita dipersoalkan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah impian saya sejak lapan tahun lalu. Saya juara Olimpik dan pemenang pingat emas. Sangat gembira. Lapan tahun saya berusaha.

"Lapan tahun tidak tidur dan letih. Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya. Algeria dan rakyatnya.

Iklan

"Pingat ini adalah jawapan terbaik untuk kempen menentang saya. Saya seorang wanita seperti wanita lain.

"Saya dilahirkan sebagai wanita dan membesar sebagai wanita, tetapi ada musuh terhadap kejayaan dan mereka tidak boleh menerima kejayaan saya," kata Khelif

Iklan

Petinju berusia 25 tahun itu adalah wanita Algeria pertama memenangi gelaran tinju Olimpik sejak Hocine Soltani di Atlanta 1996.

Janjaem Suwannapheng dari Thailand dan petinju Taiwan, Chen Nien-chin meraih gangsa.