Polis kesan cubaan seludup dadah ke penjara guna dron

Iklan
Dron yang digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Tapah dikesan pihak polis bersama anggota penjara dalam kejadian pada Jumaat.

TAPAH - Polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan penemuan peralatan itu di kawasan Penjara Tapah dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang sarjan penjara yang menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung Blok Aman Penjara Tapah ketika membuat rondaan jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan satu beg dobi yang digantung pada dron terbabit berisi tiga peket plastik serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 122 gram dan dua peket plastik berisi ketulan kristal disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram.

"Ini merupakan kes pertama yang diterima seumpamanya oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Azizi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama

Sementara itu, beliau menegaskan, pihaknya memandang serius kes-kes membabitkan aktiviti penyeludupan dadah dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh ke atas penjenayah kes-kes penyeludupan dadah terutama melibatkan penjara.

Iklan

Beliau berkata, pihak polis juga turut merakam penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa bekerjasama dalam menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah.