Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman

Iklan
Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul kepada peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman. Foto AP

PENYANYI terkenal Britain, Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul kepada peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyanyi yang berusia 36 tahun itu sebelum ini mendedahkan bahawa beliau sedang menjalin hubungan dengan pengasas syarikat pengurusan Klutch Sports Group, yang mewakili bintang-bintang bola keranjang terkenal seperti LeBron James, Anthony Davis dan John Wall.

Iklan
Iklan

Dalam sebuah video yang tular di media sosial ketika konsertnya di Munich, Adele kelihatan menyedari seseorang membawa papan tanda yang tertulis"Will you marry me?" (Adakah awak akan berkahwin dengan saya?).

Adele turut mempamerkan apa yang kelihatan seperti cincin pertunangan kepada penonton.

Iklan

Pada April 2019, Adele mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, ketua sebuah badan amal, Simon Konecki.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul"Someone Like You" itu mengadakan 10 konsert di Jerman bulan ini di sebuah arena khas yang mampu menampung 80,000 orang setiap malam.

Iklan

Pemenang 16 kali Grammy itu mengumumkan pada Julai bahawa beliau akan"berehat panjang" daripada muzik selepas siri konsertnya yang akan datang. - Bernama