26 maut bas terhumban dalam perigi

Iklan
Rangka bas dibawa keluar dari sebuah perigi selepas ia terlibat dalam kemalangan di barat India. - Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 26 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas bas yang dinaiki berlanggar dengan beca bermotor sebelum terhumban ke dalam perigi di daerah Nashik dekat barat India.

Kru kecemasan dilaporkan bekerja sepanjang malam untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa selain terpaksa menggunakan kren untuk mengangkut bas tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 26 mayat dibawa keluar dan 32 yang lain telah dihantar untuk rawatan," kata jurucakap pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Sachidanand Gawde.

Difahamkan, pemandu bas adalah antara yang terkorban. - AFP

Iklan
Iklan